Halaman

Rabu, 22 Disember 2010

APA ITU SARANG BURUNG

Dihasilkan oleh 2 spesis swiflet iaitu :
- White-nest Swiftlet ( Aerodramus Fuciphagus )
- Black-nest Swiftlet ( Aerodramus maximus )

BAGAIMANA KONSEP BUSINESS INI AKAN MENINGKATKAN STATUS SOSIAL EKONOMI KAMPUNG?

Secara fizikal sarang burung boleh dikategorikan kepada dua jenis , iaitu sarang burung Gua dan sarang burung Rumah.
Para pengguna sarang burung berasal dari Hong Kong , China, Taiwan,Singapore, USA, Malaysia dan lain-lain masyarakat Cina didunia sejumlah 1.5 million.
Berasaskan Asia Bird's Nest Conference 2005,Hong Kong sahaja telah mengimport 204,000 kg sarang burung pada tahun 2004, dengan jumlah nilai RM 1,000,000,000.00 Harga sarang burung mentah berada diantara RM 1,000.00 -RM 6,000.00 per kilogram.Ianya bergantung kepada qualiti dan permintaan pasaran sarang burung sedunia.

INDUSTRI BIO-TEKNOLOGI?

Sarang burung mungkin merupakan produk tempatan kedua yang mempunyai nilai-nilai perubatan.
Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan penyelidikan untuk kaedah penyimpanan sarang burung yang sesuai.
Lebih penyelidikan bio-teknologi akan dimulakan untuk mengkai keberkesanan pengguna sarang burung

NILAI PERUBATAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA

Dari segi kepentingan nilai perubatan tradisi cina ,sarang burung berada ditahap kedua selain ginseng
Masyarakat Cina percaya , sarang burung adalah pemangkin pertumbuhan sel dan kulit penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikan permukaan kulit.
Sarang burung juga memberi manfaat kepada golongan tua dan lemah untuk mengukuhkan daya ketahanan mereka terhadap penyakit
Lee Ngan Woon ( 1999),Bird Nest Recipes.
Berdasaran sarang burung berfungsi untuk kesihatan paru-paru , buah pinggang,perut dan ginjal.

KANDUNGAN KIMIA SARANG BURUNG
- 9% moisture
- 20% inorganic ash
- 32.3% protein ( Glycoprotein & 17 types amino acids )
- 38.7% carbohydrate ( sialic asic, hexosamines, hexoses, deoxyexose )
( Sumber daripada DR.Lim Chan Koon ( 2002 ) Swiftlets of Borneo )

KEBAIKAN SARANG BURUNG

Kajian perubatan cina di Beijing mendapati sarang burung walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata.
Bagi penghidap asma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.Hasil daripada berbagai macam eksprimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai :
- Zat Kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluram pencernaan.
- Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk.Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
- Pengambilan sarang burung walit semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung,memperkuat paru-paru bayi yang dikandung.juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan.
- Untuk wanita pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
- Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
-Untuk kanak-kanak,sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
-Merupakan makanan yang amat baik kepada perokok serta dapt mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah ( cancer ).

APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG SARANG BURUNG?


Sarang burung mengandungi 60% protein ( protein larut & protein aktif )
Ia terdiri daripada 18 jenis asid amiono penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium,zat besi, kalium, fosforus & magnesium.
Bhan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF & faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai " Gen kecantikan "
Memperbaiki sistem imunisasi badan
menyerikan wajah dan melicinkan kulit, mengandungi een anti penuaan.

SARANG BURUNG DENGAN KOLAGEN

Dihasil & diproseskan daripada sarang burung Gua Niah Saraak yang semulajadi,berkualiti tinggi dan berharga.
Terdiri daripada 3 jenis sarang burung :
- Sarang burung berdarah ( Merah )
- Sarang burung sutera keemasan ( kekuningan)
-Sarang burung Maharaja Putih ( putih )

Diperkaya dengan kolagen sisik ikan laut dalam yang terpilih, khas daripada Jepun iaitu :
Kolagen jenis I - Wujud pada tisu kulit & tulang dewasa.
Kolagen jenis II-Wujud pada tisu rawan dan
Kolagen Jenis III - Wujud pada kulit mambran saluran darah / usus bayi